Tuesday, February 11, 2014

PERTANDINGAN MERENTAS DESA PERINGKAT MSSD KUALA SELANGOR

Teks : SK Pasangan

Gambar : Hasil Perkongsian Cikgu Zamri

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah pada hari ini warga SKP mendapat berita baik dan mengembirakan. Salah seorang wakil sekolah yang memasuki pertandingan merentas desa telah berjaya mendapat tempat pertama kategori bawah 12 tahun perempuan.

Segala usaha dan latihan yang telah dijalankan terutama oleh guru pembimbing Cikgu Zamri akhirnya membuahkan kejayaan yang penuh bermakna. Latihan larian di bukit Malawati Kuala Selangor antara aktiviti yang telah dijalankan bagi melatih pasukan merentas desa.



Adik Najwa Dimyati Berjaya Merangkul Emas Acara Merentas Desa MSSD Kuala Selangor


 


Antara Wakil SKP Merentas Desa MSSD Kuala Selangor

Ketika menulis artikal ini adik Najwa mungkin sedang mengurut kakinya sambil mengukirkan senyuman kepuasan di atas kejayaan hasil usahanya selama ini. Syabas warga SKP ucapkan kepada adik Najwa Dimyati di atas kejayaan yang telah dilakarkan pada tahun 2014 ini.

Sekian.



No comments: