Wednesday, July 15, 2009

Kenyir , Kuala Terengganu 2009


Tarikh : 5 , 6 , 7 Jun 2009

Lokasi : Empangan Kenyir, Pasar Besar Payang , Santuari Gajah Sg Ketiar

Sumber Kewangan : Kutipan yuran lawatan , Tajaan TNB Bahagian Penjanaan

Guru Penyelaras : Puan Rohani Kadmin ( GPK HEM )


Aktiviti : Semua aktiviti telah dirancang dengan baik dan dijalankan dengan lancar.

Hasil kerjasama semua pihak lawatan ini menjadi lawatan terbaik setakat

ini. Penyertaan guru , murid dan kakitangan TNB memeriahkan lagi

lawatan sekolah kali ini.


Banyak yang dipelajari dalam lawatan kali ini. Mendekatkan diri kepada alam semulajadi membuatkan kami lebih prihatin dengan alam sekitar. Melihat ratusan ikan kelah di Santuari Kelas Sg Sepetang amatlah mengasikkan. Walaupun perjalanan ke sana mengambil masa hampir tiga jam tapi ia berbaloi... Sangat - sangat berbaloi.


Aktiviti malam pula dipenuhi dengan motivasi pelajar oleh jurutera kanan TNB, En Ashaari. Meriah dan menarik... Semua pelajar dapat menambah pengetahuan dan meningkatkan kesedaran diri. Terutamanya bagi pelajar tahun 6 yang akan menduduki UPSR. Macam-macam aktiviti dijalankan dan banyak hadiah disediakan.


Lawatan ke pusat operasi empangan Kenyir disambut dengan hati yang terbuka oleh pegawai yang bertugas. Binaan yang besar ini seolah mampu menenggelamkan semua orang dan sangat hebat. Terima kasih atas layanan semua pegawai di sana.


Selepas itu kami bertolak ke Pusat Santuari Gajah Sg Ketiar. Walaupun ia tidak sehebat Pusat Pemuliharaan gajah Kuala Gandah, ia cukup untuk menunjukkan kepada pelajar betapa comelnya Sang Gajah... Suria.. sebenarnya cume seekor je yang kitorang nampak..

Semua orang berpeluang menunnggang gajah itu. Itulah pengalaman pertama semua orang..



No comments: