Monday, August 23, 2010

Merdekakah diri kita daripada syaitan dan nafsu

Tazkiran hari ini ..... renung - renungkan ,

Allah s.w.t menganugerahkan bulan Ramadhan untuk memberi peluang kepada kita memerdekakan diri daripada dikuasai oleh syaitan dan juga nafsu. Pada bulan Ramadhan syaitan telah dirantai. Yang tinggal hanyalah nafsu semata. Berjayakah kita memerdekan diri daripada godaan nafsu?

MERDEKAKAH KAMU ?

Kita boleh mengukur sama ada kita berjaya menundukkan nafsu atau kita yang tunduk kepada nafsu. Jika kita masih melakukan pembaziran , boros berbelanja , hasad dengki dengan kelebihan orang lain , maka beerti kita masih dikuasai oleh nafsu. Demikian juga jika masih malas untuk beribadat terutamanya solat terawih kerana keletihan akibat makan terlalu banyak ketika berbuka. Ini beerti dia belum merdeka daripada belenggu nafsu dan syaitan.

Al;Khaubawiyi , seorang ulama yang hidup pada abad ke13 Hijrah menceritakan perihal nafsu.

Ketika Allah berfirman kepada nafsu :
'Wahai nafsu , mengadaplah engkau!' Nafsu tidak menjawab. Sekadar mendiamkan diri.
Lalu Allah berfirman lagi 'Siapakah engkau dan siapakah aku?'
Lalu nafsu berkata 'Aku adalah aku , engkau adalah engkau'
Allah s.w.t menyiksanya di dalam neraka Jahim selama 100 tahun dan kemudian dikeluarkan.
Allah berfirman lagi, 'Siapa engkau dan siapakah aku?'
Jawab nafsu 'aku adalah aku , engkau adalah engkau'

Lalu pada kali ini Allah s.w.t menyiksa nafsu di dalam neraka Juu' (kelaparan) selama 100 tahun , tanpa diberi makan dan minum. Setelah dikeluarkan , Allah berfirman lagi: 'Siapakah engkau dan siapakah aku?'
Nafsu menjawab 'Aku adalah hamba-Mu yang engkau ciptakan dan Engkau Tuhanku , yang Maha Agung , pemilik alam ini'.

Demikianlah nafsu yang sifatnya degil dapat ditundukkan apabila kelaparan. Inilah kelemahan nafsu. Maka berpuasa adalah satu cara untuk menundukkan nafsu. Jika nafsu dapat ditundukkan , mudahlah untuk mengabdikan diri kepada Allah.

Disamping itu , Allah menganugerahkan akal kepada manusia. Dengan nikmat akal ini , manusia sepatutnya dapat menandingi godaan nafsu khususnya di bulan Ramadhan. Pada bulan ini manusia hanya berhadapan dengan nafsu sahaja kerana syaitan telah dirantai. Sepatutnya manusia lebih mudah untuk keluar daripada cengkaman nafsu kerana syaitan yang menjadi teman setia nafsu telah dibelenggu.

Mudah mudahan anugerah Allah iaitu kehadiran bulan Ramadhan dapat memerdekakan diri kita daripada belenggu syaitan Laknatullah dan juga nafsu.


Merdekakan diri mu , memerdekakan keluarga mu , merdekakan bangsa mu , merdekakan negaramu......

'

No comments: