Wednesday, August 18, 2010

SALAM RAMADHAN .........keberkatan diutamakan

Selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia ini. Hanya tinggal 22 hari lagi untuk kita menggunakan sebaik mungkin masa yang ada untuk beribadah semaksimum yang mungkin.Bukan bermakna apabila ramadhan meninggalkan kita , ibadah pun berkurang. Tidak sesekali. Alangkah bahagianya jika berkat bulan ramadhan ini dinikmati sepanjang tahun.

Bulan Ramadhan adalah masa yang terbaik untuk kita menyucikan diri dan jiwa. Inilah masanya untuk melentur jiwa supaya patuh dan taat kepada perintah Allah.Jiwa yang selama ini melakukan maksiat kepada Allah perlu disucikan.Tiada peluang yang lebih baik untuk menyucikan diri selain Ramadhan kerana di bulan yang pebuh dengan limpahan keberkatan ini , syaitan dibelenggu sebagai tanda kemuliaan Ramadhan.

'Apabila datang Ramadhan , maka pintu-pintu syurga dibuka dan ditutup pintu - pintu neraka dan dirantai / dibelenggu para syaitan'

Oleh itu sucikan diri kita dengan banyak beristigfar mohon keampunan daripada Allah. Bertaubat diatas sebarang keterlanjuran samada terhadap Allah atau terhadap manusia yang lain. Bertaubatlah dengan taubat nasuha ( segera meninggalkan maksiat yang dilakukan. Berazam tidak akan mengulangi lagi maksiat itu)

Mudah mudahan , Ramadhan ini dapat menyucikan diri dan jiwa kita daripada segala dosa yang sekian lama menutup jiwa kita. Mohonlah keampunan dan pertolongan daripada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ramadhan ya Ramadhan......
Hadirmu ku sambut dengan senyuman , pergimu ku iringi esakan.....

No comments: