Sunday, February 23, 2014

MURID SK PASANGAN MEWAKILI DAERAH KE PERINGKAT NEGERI

TEKS : SK PASANGAN

GAMBAR : U. FIRDAOS

Bismillahirrahmanirrahim


Sepanjang bulan Januari dan Februari 2014 ini, SK Pasangan telah berjaya di dalam acara sukan dan pertandingan yang dianjurkan oleh PPD Kuala Selangor. Antara permainan yang menarik perhatian pada minggu ini adalah acara Ping Pong.

Tahniah kepada 3 permata SK Pasangan iaitu adik Wan Raziq bin Wan Omar, Wan Suhaila binti Wan Aziz, dan Mohamad Amir Asyraf bin Abdullah berajaya mewakili daerah Kuala Selangor ke peringkat Negeri. Pertandigan akan diadakan di SJKC Selayang.

Semoga 3 permata ini akan dapat memberikan sumbangan pingat emas di dalam acara yang dipertandingkan.



Tahniah kepada semua yang terlibat terutama kepada guru pelatih En Wan Azhari bin Wan Harun

No comments: