Showing posts with label aktiviti sekolah. Show all posts
Showing posts with label aktiviti sekolah. Show all posts

Wednesday, August 18, 2010

Minggu Ujian Bulanan

Ujian bulanan Ogos dijalankan pada minggu ini selama 3 hari bermula 16 Ogos ( selasa ) hingga 19 Ogos 2010 ( khamis ) . Diharapkan murid - murid telah menjawab dengan baik dan cemerlang. Bagi murid tahun 6 , mereka diberikan ujian gerak gempur setara sekolah kali - 3. Nampaknya masa semakin dekat untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

Buat murid - murid yang dikasihi ,teruskan usaha anda dalam menghasilkan keputusan yang cemerlang.

'Tidak mudah untuk menjadi senang , tidak sukar untuk menjadi susah'

Wednesday, July 15, 2009

WAJAH CERIA ....sambut hari guru

Merdunyaaa... suara cikgu....
Pengganti Datuk K..... Hensem yeaa...


Jelitawan sekolah.... Jom posing

Saturday, November 29, 2008

Lawatan Sekolah ke Kuala Kangsar, Perak

UPSR sudah berlalu.Jadi untuk lepaskan tension guru dan murid tahun enam pergi melancong ke Perak. Perancangan yang dijalankan selama berbulan-bulan akhirnya terlaksana. Guru yang turut serta ialah Cik Nor Aslina Adenan selaku penyelaras rombongan, En Azmi Ahamad Sah dan En Wan Azhari Wan Harun. Semua murid ikut sama kecuali seorang saja.
Bertolak pada pukul 8.00 pagi , kami memulakan perjalanan dengan diiringi doa dan harapan. Mengharapkan perjalanan yang baik dan selamat. Tapi dugaan mula diterima apabila bas yang kami naiki mendapat kemalangan sedikit. Mujur tiada apa-apa yang berlaku. Semuanya selamat.
Kami melawat muzium kenangan, galeri di raja , perusahaan labu sayung dan lost world of tambun.
Perjalanan pulang kami tidak menghadapi apa-apa masalah. Kami selamat pulang pada pukul 10.00 malam di kg kuantan.

Terima Kasih buat semua......